Suara Anak Jati Pitas

Suara Anak Jati Pitas

PITASDAILY.NET

Sudah tiba masanya sebuah daerah yang tercorot namanya disebabkan oleh faktor-faktor tertentu bangun di satu sudut yang lain untuk membuktikan keupayaannya. Pitasdaily.net adalah portal penyedar gabungan penulis-penulis Pitas dalam meluahkan permasalahan disamping menjadi penyebar info yang berkaitan dengan daerah ini. Pitasdaily.net juga pastinya menjadi ruang untuk rakyat daerah ini meluahkan setitis perasaan demi untuk kemajuan daerah ini.
Pada masa ini, portal ini masih diperingkat pembinaan.
http://pitasdaily.net

BERLAWAN ACARA

"Inilah dunia politik sekarang, acara sambutan hari baik pun boleh dijadikan sebagai medan untuk memenangi hati bagi mendapatkan sokongan rakyat", kata beberapa rakan AJP berkaitan dengan acara Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di salah sebuah kampung di Pitas. Ini tercetus berikutan 2 orang pemimpin utama di Pitas menganjurkan sambutan ini di kampung yang sama , acara yang sama dengan acara yang memakan belanja puluhan ribu setiap satu tetapi ahli jawatankuasa yang berbeza.

Apakah benar motif mereka ini untuk kepentingan peribadi? Tiada siapa yang mengaku itu tapi orang kampung sekarang bukan macam dulu lagi, semua ada sekolah, ada TV, ada radio, ada internet dan sudah boleh berfikir secara rasional.

Dalam satu sudut yang nyata, ianya sangat baik untuk orang kampung sebab banyak aktiviti yang berlangsung di kampung itu tapi dalam satu sudut yang lain (tersirat) ianya merosakkan perpaduan dan meggalakkan timbulnya puak-puak tertentu.

Apa sudah jadi dengan Pitas?

SENSITIF

Sensitif, peka, hassas atau apapun namanya adalah buah hati dalam memandang suatu kejadian. Kita dikatakan sensitif terhadap suatu permasalahan ketika ia [permasalahan] kita ketahui tanpa harus diingatkan orang lain. Kadang, makna sensitif juga ditautkan dengan perasaan cepat marah atas sesuatu yang mengganggu diri. Oleh kerananya, tak pelak tuduhan ‘orang sensitif’ bersarang bagi ia yang cepat tersinggung, marah, dan ngambek. Dengan melihat definisi ini, tentu kaum Adam juga makhluk yang sensitif.

Apakah sensitif itu buruk? Dalam hal ini, alangkah bijak ketika kita kembalikan ke definisi semula tentangnya. Jadi, ia adalah kata sifat yang neutral, tidak bertendensi buruk maupun baik bergantung pada arah mana ia akan bawa oleh empunya bicara. Pun, tulisan kali ini mencuba mengurai makna sensitif dengan sudut pandang yang mungkin berbeza.

Bagi seorang yang ingin menjadi pemimpin atau yang telah menjadi pemimpin, sensitif adalah musuh hati. Jika diturutkan, akan merosakkan cara befikir dalam memimpin.

Jangan sensitif...

AJP Ucap Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-52


Setulus keikhlasan salam kemerdekaan AJP ucapkan kepada seluruh warga Pitas, Sabah dan Malaysia. Sama-samalah kita jadikan kemerdekaan ini sebagai ingatan pada diri sendiri dan menghayati laungan pemimpin kita iaitu 1Malaysia.

IT di Pitas terabai

Berikutan beberapa program yang ditelah dilaksanakan oleh kumpulan beberapa orang anak jati Pitas yang sangat berkaitan dengan IT iaitu Pelancaran Utara.FM di Ranau pada 25 Julai 2009 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Program 48 Jam Bersiaran Tanpa Henti bersama DJ Utara.FM pada 14 hingga 16 Ogos 2009 telah menampakkan pemimpin di Pitas kurang prihatin dengan perkembangan ini. Ketidaklibatan mana-mana pemimpin dari Pitas dalam program ini walaupun selepas makluman/jemputan sangat menyedihkan.

Beberapa persoalan timbul dikalangan beberapa anak jati Pitas dan pemimpin lain di luar sana.

1. Adakah mereka ini tidak tahu pasal IT?
2. Adakah disebabkan penerajunya bukan dikalangan ahli politik maka IT disisihkan?
3. Jika terlalu sibuk sekalipun, mengapa pemimpin di daerah lain boleh berkomitmen?
4. Mempersoalkan berkaitan visi 1Malaysia 'Rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan' mungkin tidak terserap dalam diri.

PETIKAN UCAPAN TPM (sewaktu menghadiri persidangan di Kudat)
"Jangan bertanding jika kita tidak mahu mendampingi rakyat"

Adakah ucapan ini akan masuk telinga kiri keluar telinga kanan?

Kehadiran YB Puan Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek dan Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, Encik Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri dan Encik Webley Disim, Setiausaha Pemuda PBS Pusat sewaktu Program 48 Jam tersebut pastinya menjadi penilaian rakyat terhadap pendekatan pemimpin dalam usaha memahami rakyat.
YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek dalam temubual dengan Utara.FM mengatakan beliau akan mendekati semua blogger Kota Marudu dan akan membuat perjumpaan sesama mereka untuk membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan blog dan internet.

Adakah ini akan berlaku di sini?

Jangan Sombong Jika Ingin Dikawan

Lumrah sesetengah individu yang beranggapan dirinya 'perfect'. Suaranya bukan main lagi lantang menegakkan benang. "Kita mesti ikut peraturan", padahal dia sendiri sering melanggar peraturan. "Kita mesti menghormati privasi orang lain", padahal dia sendiri suka memburuk-burukan orang di depan orang yang lain. "Kita jangan makan duit haram", padahal dia sendiri menerima 'sogokan tanpa sedar' dari pihak-pihak yang ingin meraih sokongannya.

Nilailah dulu diri sendiri sebelum terlalu menilai orang lain. Kita hidup di dunia ini berasaskan sikap dan sifat seorang manusia serta hukum alam dan bukannya diikat dengan peraturan dunia semata-mata. Toleransi, pertimbangan wajar, komunikasi, memahami dan lojik perlu diperhalusi.

Jangan memandang rendah terhadap orang lain. Ingatlah bahawa setiap insan telah diberikan keistimewaan khsusus oleh Allah SWT. Berkawan biar seribu, berlawan jangan sekali.

Jangan sombong jika ingin di kawan. Jangan memilih kawan jika ingin menjadi kawan. Kawan adalah teman suka duka di luar rumah. Kawan yang rendah daripada kita adalah kawan yang paling setia dengan kita.

Sahabat yang paling baik ialah ibu bapa dan keluarga kita. Sahabat yang paling akrab ialah orang di sekeliling kita.

Janganlah kita sombong jika ingin dikawan.

Foto Obama Jeling Remaja Brazil Popular Di Internet

OBAMA diperhatikan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (kanan) memandang belakang Tavares dalam sesi bergambar di sidang G8, kelmarin. Gambar kecil wajah Tavares.

ROME: Golongan muda dari negara membangun serta industri bersatu di L'Aquila di Itali ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) mengadakan sidang kemuncak.

Mereka dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar, Khamis lalu.

Wakil Brazil dari Rio de Janeiro, Mayara Tavares, 16, yang alam perjalanan bertemu Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy serta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Selanjutnya...
Suara Anak Jati Pitas

Followers

Komuniti Utara Sabah

Jauhi Politik Wang

Jauhi Politik Wang