Suara Anak Jati Pitas

Suara Anak Jati Pitas
Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

PITASDAILY.NET

Sudah tiba masanya sebuah daerah yang tercorot namanya disebabkan oleh faktor-faktor tertentu bangun di satu sudut yang lain untuk membuktikan keupayaannya. Pitasdaily.net adalah portal penyedar gabungan penulis-penulis Pitas dalam meluahkan permasalahan disamping menjadi penyebar info yang berkaitan dengan daerah ini. Pitasdaily.net juga pastinya menjadi ruang untuk rakyat daerah ini meluahkan setitis perasaan demi untuk kemajuan daerah ini.
Pada masa ini, portal ini masih diperingkat pembinaan.
http://pitasdaily.net

BERLAWAN ACARA

"Inilah dunia politik sekarang, acara sambutan hari baik pun boleh dijadikan sebagai medan untuk memenangi hati bagi mendapatkan sokongan rakyat", kata beberapa rakan AJP berkaitan dengan acara Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di salah sebuah kampung di Pitas. Ini tercetus berikutan 2 orang pemimpin utama di Pitas menganjurkan sambutan ini di kampung yang sama , acara yang sama dengan acara yang memakan belanja puluhan ribu setiap satu tetapi ahli jawatankuasa yang berbeza.

Apakah benar motif mereka ini untuk kepentingan peribadi? Tiada siapa yang mengaku itu tapi orang kampung sekarang bukan macam dulu lagi, semua ada sekolah, ada TV, ada radio, ada internet dan sudah boleh berfikir secara rasional.

Dalam satu sudut yang nyata, ianya sangat baik untuk orang kampung sebab banyak aktiviti yang berlangsung di kampung itu tapi dalam satu sudut yang lain (tersirat) ianya merosakkan perpaduan dan meggalakkan timbulnya puak-puak tertentu.

Apa sudah jadi dengan Pitas?

SENSITIF

Sensitif, peka, hassas atau apapun namanya adalah buah hati dalam memandang suatu kejadian. Kita dikatakan sensitif terhadap suatu permasalahan ketika ia [permasalahan] kita ketahui tanpa harus diingatkan orang lain. Kadang, makna sensitif juga ditautkan dengan perasaan cepat marah atas sesuatu yang mengganggu diri. Oleh kerananya, tak pelak tuduhan ‘orang sensitif’ bersarang bagi ia yang cepat tersinggung, marah, dan ngambek. Dengan melihat definisi ini, tentu kaum Adam juga makhluk yang sensitif.

Apakah sensitif itu buruk? Dalam hal ini, alangkah bijak ketika kita kembalikan ke definisi semula tentangnya. Jadi, ia adalah kata sifat yang neutral, tidak bertendensi buruk maupun baik bergantung pada arah mana ia akan bawa oleh empunya bicara. Pun, tulisan kali ini mencuba mengurai makna sensitif dengan sudut pandang yang mungkin berbeza.

Bagi seorang yang ingin menjadi pemimpin atau yang telah menjadi pemimpin, sensitif adalah musuh hati. Jika diturutkan, akan merosakkan cara befikir dalam memimpin.

Jangan sensitif...

IT di Pitas terabai

Berikutan beberapa program yang ditelah dilaksanakan oleh kumpulan beberapa orang anak jati Pitas yang sangat berkaitan dengan IT iaitu Pelancaran Utara.FM di Ranau pada 25 Julai 2009 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Program 48 Jam Bersiaran Tanpa Henti bersama DJ Utara.FM pada 14 hingga 16 Ogos 2009 telah menampakkan pemimpin di Pitas kurang prihatin dengan perkembangan ini. Ketidaklibatan mana-mana pemimpin dari Pitas dalam program ini walaupun selepas makluman/jemputan sangat menyedihkan.

Beberapa persoalan timbul dikalangan beberapa anak jati Pitas dan pemimpin lain di luar sana.

1. Adakah mereka ini tidak tahu pasal IT?
2. Adakah disebabkan penerajunya bukan dikalangan ahli politik maka IT disisihkan?
3. Jika terlalu sibuk sekalipun, mengapa pemimpin di daerah lain boleh berkomitmen?
4. Mempersoalkan berkaitan visi 1Malaysia 'Rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan' mungkin tidak terserap dalam diri.

PETIKAN UCAPAN TPM (sewaktu menghadiri persidangan di Kudat)
"Jangan bertanding jika kita tidak mahu mendampingi rakyat"

Adakah ucapan ini akan masuk telinga kiri keluar telinga kanan?

Kehadiran YB Puan Anita Baranting, ADUN N.5 Tandek dan Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, Encik Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri dan Encik Webley Disim, Setiausaha Pemuda PBS Pusat sewaktu Program 48 Jam tersebut pastinya menjadi penilaian rakyat terhadap pendekatan pemimpin dalam usaha memahami rakyat.
YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek dalam temubual dengan Utara.FM mengatakan beliau akan mendekati semua blogger Kota Marudu dan akan membuat perjumpaan sesama mereka untuk membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan blog dan internet.

Adakah ini akan berlaku di sini?

Kasihan Tiang Ini

Wah! nampak gah tiang lampu ini di Dataran Bengkoka dan telah membantu mencorakkan pemandangan yang indah di destinasi pelancongan Pitas ini. Tapi bagaimana dengan yang ini?
Sebuah tiang lampu yang dibangga-banggakan selama ini kini diabaikan. Lalu ianya kini akan menjadi bahan bualan yang akan memburukkan nama dataran ini. Jika ditanya di mana? Pastinya akan dijawab di PITAS. Huh! sedih sekali kerana siapa yang ingin dipuji dan siapa pula yang ingin dikutuk.

Dalam perkara ini, adakah kontraktor yang dipersalahkan atau pemeriksa kelulusan untuk kontrak ini yang perlu bersuara untuk mempertahankan situasi ini. Atau adakah pihak bertanggungjawab lain yang berani tampil untuk mengakui kesilapan dan berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Kita sama-sama tunggu dan lihatlah.

Pendidik di daerah Pitas tidak dihargai?

Penggiat politik di Pitas tidak memperdulikan penggerak utama pembangunan di Pitas iaitu institusi pendidikan. Luahan ini terkhusus kepada para pendidik yang telah berkorban masa, tenaga dan sisa kehidupan mendidik, membimbing dan memastikan anak muridnya boleh mencapai tujuan hidupnya dan ada diantara mereka yang berjaya menjadi antara pemimpin di Pitas. Persoalannya, kenapa pendidik ini tidak dihargai. Penghargaan yang dimaksudkan ialah dari segi pemberian anugerah bintang seperti BK, ADK, ASDK dan sebagainya.

Ada diantara ahli politik yang cuba menjawab persoalan ini, katanya "Ada juga bah sigu yang ada BK". Memang tidak dinafikan memang ada beberapa orang guru yang mempunyai bintang ini tetapi hanya setelah mereka ini melibatkan diri secara langsung dalam bidang politik. Kenapa mereka yang berjuang menyumbangkan tenaga sehingga berpuluh-puluh tahun tidak diberikan perhatian atau pertimbangan untuk ini. Tiadakah ahli politik yang cuba memandang sumbangan besar para guru ini. Atau hanya setelah mereka ini melibatkan diri secara jelas dalam bidang politik barulah ada peluang tersebut.

Apa yang amat menyedihkan, ada diantara penerima bintang yang masuk ke arena politik dan perjuangannya hanya membantu mana-mana parti untuk menang tetapi sudah disenaraikan dalam senarai penerima bintang.

Ada juga penerima bintang yang sumbangannya tidaklah seberapa dalam membantu pembangunan daerah tetapi dicalonkan sebagai penerima bintang. Kenapa ini berlaku? Sebabnya dia rapat dengan pengusul atau pencari calon penerima.

Mungkin tiada yang berani membuat satu laporan terperinci penerima-penerima bintang ini yang menyenaraikan sumbangan mereka kepada Pitas secara telus.

Budaya Shuffle Kini Menular Di Pitas

Gambar-gambar ini dirakam sewaktu Pesta Bengkoka yang mana dalam pada acara berlangsung di Pentas Utama Dataran, para muda-mudi ini juga membuat aktiviti mereka bersebelahan dengan pentas. Apa yang boleh kita perkatakan dengan hal seperti ini?

Nama penyumbang untuk kes ini : Jeti Dataran Bengkoka

Waah! tesergam indah Jeti Dataran Bengkoka yang merupakan salah satu ruang rehat terbaik di Pitas. Saya amat membanggainya, cuma agak terkejut bila terlihat papan tandanya yang ada nama penyumbang. Persoalan dalam hati saya, patutkan namanya dipaparkan di situ. Siapa yang bagi projek ini? Bukannya dia buat jeti itu PERCUMA, kena bayar juga kan?

"Saya rasa seperti menganggu penglihatan betul ada nama di situ" kata salah seorang pengunjung yang melepak di jeti tersebut.

Mahu jadi pemimpin tapi tiada sifat pemimpin

Sering kita dengar beberapa individu di Pitas ini yang kononnya mahu mencabar pemimpin sedia ada. Bersambung...

Luahan seorang Teman, terhadap pemimpin baru Pitas

Setelah mereka memegang jawatan masing-masing, mereka mula merasa tertekan dalam menjalankan tugas mereka, mereka mula mengatur langkah untuk membuat pelbagai helah bagi mengelak bertemu dengan rakyat yang telah memilih mereka. berikut beberapa ayat yang sedang diamalkan oleh pemimpin kita supaya tak bertembung dengan rakyat yang amat memerlukan:

1. Pakcik, YB tiada sini, dia outstation..(sedangkan YB ada di rumah)
2. Datuk di mana sekarang ini? (jawapan datuk, saya berada di semananjung ni ada kerja) sedangkan datuk tersebut ada di Sabah juga.

Begitulah hal-hal sedang terjadi sekarang ini, malangnya saya tak dapat buktikan perkara ini kerana cerita ini adalah cerita di kedai kopi sahaja..

Tapi jika perkara ini benar-benar berlaku? adakah ini dapat membantu memajukan daerah Pitas? kita renung-renungkannya dan kita cari kebenarannya perkara ini..

Tak akan pokok bergoyang jika tak ada angin yang meniupnya...

Keliru dengan peruntukan ADUN dan Parlimen

Saya sangat tidak berpuas hati dengan konsep pelaksanaan peruntukan ADUN dan Parlimen yang dijelaskan oleh salah seorang ahli politik tadi. "Si Rahim sekarang ni mahu ambil hati rakyat sudah sebab mahu memook jadi Ketua Bahagian. Itulah sebab dia bagi peruntukan Parlimen mangasi tar kawasan tertentu macam di Pakad itu". Adakah kata-kata ini benar? Saya cuba bertanya berkaitan dengan jalan rosak di jalan berhampiran dengan simpang ke Kg. Bangkau-Bangkau. "Oh..itu mau tunggu peruntukan negeri baitu, lainlah ini peruntukan ADUN sama Parlimen".

Saya yang sememangnya tidak tahu berkaitan agihan peruntukan ini agak terkilan juga dengan sinisan tersebut sebab bagi saya rakyat biasa ini adalah sangat perlu jalan tersebut diperbaiki. Kalau semua peruntukan tidak diarahkan ke sana, bilalah jalan itu boleh diperbaiki.

Persoalannya, siapa yang membawa perkara ini ke peringkat atasan. Dewasa ini pelbagai pembangunan kita nampak yang bertujuan untuk kalau bilang orang kampung 'penembirangan' di peringkat negeri. Ketua Menteri sewaktu membuat lawatan ke Pitas pun tidak sanggup menaiki kereta. Kenapa? Mungkin alasan untuk jimat masa sampai boleh lah juga diterima dan itu sebab KM menaiki helikopter.

Siapa lagi mau diharap ni ahhh???

Kenal ini botol apa?

Dalam ruang yang serba cantik di tempat yang dikatakan pusat pelancongan daerah Pitas, ada juga manusia berhati binatang yang tidak bertanggungjawab menyepahkan botol minuman arak. Saya telah menemui botol ini di tepi pagar taman permainan kanak-kanak.

Apakah langkah-langkah pihak berkuasa tempatan untuk menangani masalah sosial seperti ini? Takkanlah dibiarkan kaaan? Atau biarkanlah seperti itu?

Wajarkah jalan raya utama dibiarkan begitu saja..

Terlalu gembira hati ini bila melihat beberapa kawasan yang nampak dari jalan raya telah diturap. Yang nampak jelas ialah di kawasan perkampungan di Mempakad dan di kawasan tamu Kg. Pinggan-Pinggan atau lebih dikenali sebagai Seribu daya.

Tapi? bagaimana nasib jalan raya utama pula? Persoalan ini terpaksa juga timbul sebab jalan ini untuk kegunaan bukan sahaja orang kampung tapi semua pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut termasuklah yang lalu lalang dari Sandakan - KK.

Wajarkah ini terjadi? Jarang kita dengar berlaku kemalangan di kampung tapi selalu kedengaran nahas jalan raya di sepanjang jalan Kota Marudu - Pitas. Tidakkah ini ada dalam pemikiran pemimpin yang bertanggungjawab?

Menyuruh ketam berjalan dengan betul

Akukah pemimpin atau kamu? Pernahkah anda jadi bapa? Jika anda boleh menjawab persoalan ini tentunya anda tahu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang betul. Kita selalu diteriakkan dengan kata sumbang kononnya Kepimpinan Melalui Teladan, Kebahagiaan Bermula Dari Rumah dan pelbagai lagi kata-kata yang dibisikkan pun ada. Mana pengaplikasiannya?

Pemimpin ibarat bapa dan yang dipimpin adalah anak. Pimpinlah mengikut kebijaksanaan dan bukan setakat berlandaskan peraturan. Peraturan boleh berubah tetapi air dicincang tak akan putus. Jika yang dipimpin itu marah, yang memimpin takkan marah!!. Apa yang perlu dibuat? Tenangkan yang marah...itu jika kita adalah pemimpin. Jika kita juga turut marah, janganlah berangan-angan jadi pemimpin.

Carilah kelemahan kita sebelum kita mencari kelemahan orang lain dan carilah kelebihan orang lain sebelum kita menonjolkan kelebihan kita.

Pihak berkuasa Pitas tidak mengambil berat blog/web dari Pitas

Saya telah melihat dengan jelas perkembangan IT di Pitas dengan wujudnya banyak blog-blog seperti ini yang dihasilkan oleh orang Pitas. Perkembangan terkini yang sangat memberangsangkan ialah dengan kewujudan portal info yang secara langsung menggambarkan tentang Pitas iaitu http://pitasonline.net. Selain itu, ada juga portal khas untuk memuatkan berita-berita unduk ngadau (saya dapat tahu semua ini dalam satu buku aturcara semasa Pesta Bengkoka 2009). Semua blog/web ini memuatkan tentang Pitas dan secara langsung telah menyumbangkan sesuatu yang sangat bermakna untuk menaikkan nama Pitas. Seperkara lagi yang sangat penting ialah Pitas telah membuktikan bahawa ia tidak ketinggalan dalam bidang internet dengan adanya blog/web seperti ini.

Jelas terbukti bahawa pihak bertanggungjawab Pitas tidak sedikitpun mengambil perhatian berkaitan perkembangan sihat ini. Apa salahnya jika wujudkan satu kumpulan penggerak untuk mempromosikan Pitas di internet. Jika saya melihat dengan kaca mata saya, saya boleh kelaskan kualiti website yang datangnya dari Pitas ini bertaraf profesional.

Adakah setelah blog-blog ini memuatkan yang mengutuk situasi ini barulah diberikan perhatian?

Coretan Pertama Anak Jati Pitas

Dengan lafaz Bismillah pembuka kata setelus perjuangan dan curahan keluhan pada diri sendiri dan pada tanah tumpah tercinta ini. Wadah penambah perisa dalam memperjuangkan hak warga Pitas. Jangan tanya dan cari siapa saya tapi carilah jalan penyelesaian kepada apa yang diluahkan oleh anak jati Pitas ini.

Kenapa saya perlu menulis? Terima kasih teramat sangat kepada sebuah portal perbincangan global yang setahu saya adminnya adalah orang Pitas atas semangat kentalnya dalam menaikkan IT di Pitas. PONETlah sumber inspirasiku untuk berjuang. Dengan ketipisan ilmu ini, aku gagahkan diri melampiaskan perasaanku terhadap daerahku yang tercinta ini.

Aku anak jati Pitas. Aku ingin Pitas maju. Aku ingin Pitas sama seperti daerah yang berhampiran seperti Kudat dan Kota Marudu. Aku ingin melihat Malubang sama seperti Tg. Simpang Mangayau. Aku ingin melihat Dataran Bengkoka sama seperti Esplanade Sidek. Aku ingin melihat gah berdiri satu hotel bertaraf tinggi sekurang-kurangnya 3 bintang di Pitas. Aku ingin menyimpan duit di Pitas. Aku ingin belanja anak bini makan KFC di Pitas. Aku ingin mengisi minyak keretaku di stesen Shell/Petronas Pitas. Dan yang paling penting, aku ingin berjumpa dengan ADUN kami di rumahnya di Pitas.

Adakah ini akan menjadi kenyataan? Bila? Ada cadangankah? Janji, sudah ditabur?
Suara Anak Jati Pitas

Followers

Komuniti Utara Sabah

Jauhi Politik Wang

Jauhi Politik Wang