Tentu ramai yang masih ingat ‘ribut’ pasal dakwaan rasuahnya terhadap bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kudus Ahmad masa beliau Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kedua mereka berentap sakan menerusi media sebelum kes itu masuk mahkamah.
Beberapa hari lalu Kayveas bikin gamat lagi bila mendakwa PBT ditabir urus macam ‘kongsi gelap’.
Menurutnya rasuah yang berleluasa dalam 146 PBT di seluruh negara antara faktor yang menyebabkan indek rasuah Malaysia naik dari tangga 37 ke 39.
Bagi membuktikan cakapnya ada asas Jumaat, Kayveas secara terbuka mendakwa beliau ‘tahu segalanya’ mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor yang juga ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) .
Beliau mencabar Datuk Lee Hwa Beng yang menggangap kenyataan beliau pasal PBT hanya berdasarkan andaian sendiri dan tidak bermakna,supaya istihar hartanya.
"Sudah berapa lama dia menjadi Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya , berapa aset, berapa dan apakah projek yang beliau kumpul sehingga sekarang. Bukan sahaja untuk dirinya malah projek yang Hwa Beng dapatkan sekali bagi rakan-rakannya. Beranikah dia mengisytiharkan harta beliau. Saya tahu segalanya,'' katanya.
1 comments:
BERANI KERANA BENAR... TAKUT KERANA SALAH ...
Post a Comment