Liow juga mahu mereka mengamalkan cara hidup yang sihat, lebih menjaga kebersihan diri dan pastikan tidak menjangkiti orang lain.
Sambil menasihati orang ramai agar tidak panik, Menteri itu berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk menutup semua sekolah di negara ini kecuali penyakit itu merebak secara meluas.
Liow berkata buat masa ini kerajaan juga tidak boleh melarang orang ramai untuk pergi ke luar negara kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang melarang mana-mana pihak untuk melawat mana-mana negara.
“Kami berharap orang ramai dapat mengikut nasihat Kementerian Kesihatan, agar tidak melawat negara-negara di mana penularan wabak itu berlaku secara tempatan seperti Australia, Filipina dan Amerika,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.
Sumber : http://mt.m2day.org/2008/content/view/23473/84/
0 comments:
Post a Comment