Suara Anak Jati Pitas

Suara Anak Jati Pitas

Pendidik di daerah Pitas tidak dihargai?

Penggiat politik di Pitas tidak memperdulikan penggerak utama pembangunan di Pitas iaitu institusi pendidikan. Luahan ini terkhusus kepada para pendidik yang telah berkorban masa, tenaga dan sisa kehidupan mendidik, membimbing dan memastikan anak muridnya boleh mencapai tujuan hidupnya dan ada diantara mereka yang berjaya menjadi antara pemimpin di Pitas. Persoalannya, kenapa pendidik ini tidak dihargai. Penghargaan yang dimaksudkan ialah dari segi pemberian anugerah bintang seperti BK, ADK, ASDK dan sebagainya.

Ada diantara ahli politik yang cuba menjawab persoalan ini, katanya "Ada juga bah sigu yang ada BK". Memang tidak dinafikan memang ada beberapa orang guru yang mempunyai bintang ini tetapi hanya setelah mereka ini melibatkan diri secara langsung dalam bidang politik. Kenapa mereka yang berjuang menyumbangkan tenaga sehingga berpuluh-puluh tahun tidak diberikan perhatian atau pertimbangan untuk ini. Tiadakah ahli politik yang cuba memandang sumbangan besar para guru ini. Atau hanya setelah mereka ini melibatkan diri secara jelas dalam bidang politik barulah ada peluang tersebut.

Apa yang amat menyedihkan, ada diantara penerima bintang yang masuk ke arena politik dan perjuangannya hanya membantu mana-mana parti untuk menang tetapi sudah disenaraikan dalam senarai penerima bintang.

Ada juga penerima bintang yang sumbangannya tidaklah seberapa dalam membantu pembangunan daerah tetapi dicalonkan sebagai penerima bintang. Kenapa ini berlaku? Sebabnya dia rapat dengan pengusul atau pencari calon penerima.

Mungkin tiada yang berani membuat satu laporan terperinci penerima-penerima bintang ini yang menyenaraikan sumbangan mereka kepada Pitas secara telus.

2 comments:

Kulanz Salleh said...

Amat terharu saya apabila membaca luahan saudara/saudari ini. Perkara ini memang pernah juga terlintas dalam fikiran saya..Kenapa ya pendidik yang mengajar murid nun jauh di pedalaman, pinggir bandar dan bandar, yang telah melahirkan beribu-ribu doktor, peguam, ahli politik dan jawatan-jawatan tertinggi di negara ini kurang mendapat perhatian? Tapi orang yang aktif dalam berpolitik, orang yg menderma dengan cek besar besar dan mereka yang rapat dengan orang penting sering didahulukan... Kenapa??

PGKS said...

tumpang sedih dan geram tuan. jgn lupa dgn staf kesihatan/perubatan yg turut berkorban segalanya tapi turut dilupakan....aduh inikah realiti manusia?

Suara Anak Jati Pitas

Followers

Komuniti Utara Sabah

Jauhi Politik Wang

Jauhi Politik Wang