Suara Anak Jati Pitas

Suara Anak Jati Pitas

Keliru dengan peruntukan ADUN dan Parlimen

Saya sangat tidak berpuas hati dengan konsep pelaksanaan peruntukan ADUN dan Parlimen yang dijelaskan oleh salah seorang ahli politik tadi. "Si Rahim sekarang ni mahu ambil hati rakyat sudah sebab mahu memook jadi Ketua Bahagian. Itulah sebab dia bagi peruntukan Parlimen mangasi tar kawasan tertentu macam di Pakad itu". Adakah kata-kata ini benar? Saya cuba bertanya berkaitan dengan jalan rosak di jalan berhampiran dengan simpang ke Kg. Bangkau-Bangkau. "Oh..itu mau tunggu peruntukan negeri baitu, lainlah ini peruntukan ADUN sama Parlimen".

Saya yang sememangnya tidak tahu berkaitan agihan peruntukan ini agak terkilan juga dengan sinisan tersebut sebab bagi saya rakyat biasa ini adalah sangat perlu jalan tersebut diperbaiki. Kalau semua peruntukan tidak diarahkan ke sana, bilalah jalan itu boleh diperbaiki.

Persoalannya, siapa yang membawa perkara ini ke peringkat atasan. Dewasa ini pelbagai pembangunan kita nampak yang bertujuan untuk kalau bilang orang kampung 'penembirangan' di peringkat negeri. Ketua Menteri sewaktu membuat lawatan ke Pitas pun tidak sanggup menaiki kereta. Kenapa? Mungkin alasan untuk jimat masa sampai boleh lah juga diterima dan itu sebab KM menaiki helikopter.

Siapa lagi mau diharap ni ahhh???

1 comments:

GOGO said...

Satu coretan yang membina.saya amat menyokong pernyataan saudara.nampaknya prinsip demokrasi dicabuli. dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. kalau wakil rakyat susah mau dihubungi dan peruntukan pula disebabkan ada kepentingan individu,malu kita memperjuangkan demokrasi!

Suara Anak Jati Pitas

Followers

Komuniti Utara Sabah

Jauhi Politik Wang

Jauhi Politik Wang

BlogMalaysia.com