Suara Anak Jati Pitas

Suara Anak Jati Pitas

Janji Bolkiah Ismail : Pembangunan Pitas untuk semua rakyat

"KALAU ditakdirkan saya menang, saya akan pastikan penduduk di Pitas ini terbela. Saya akan berusaha mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan tegar.

"Besar harapan jika dipilih, saya akan memastikan kesinambungan pembangunan di Pitas dan memastikan projek pembangunan kerajaan sampai kepada seluruh rakyat di sini," kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Bolkiah Ismail.

Bolkiah, 43, berkata, beliau telah merancang beberapa pembaharuan seperti memperkenalkan sistem pertanian moden di Pitas.

Katanya, tumpuan akan diberikan bagi mengetengahkan dua komoditi penting iaitu kelapa sawit dan getah yang berpotensi di Pitas selain mewujudkan sistem pertanian moden.

Bolkiah berkata, selain itu beliau akan mewujudkan sistem pertanian berkelompok dengan memohon tanah terbiar kerajaan untuk dimasukkan di bawah skim penanaman kelapa sawit.

Beliau yang menggantikan Datuk Masrani Parman berkata, keputusannya untuk bertanding adalah untuk menunaikan tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat.

Anak jati Pitas berbangsa Dusun Kimaragang dari Kampung Salimpodon ini sanggup melepaskan jawatan sebagai Ketua Pusat Pengurusan Pinjaman Maybank Sabah demi membantu rakyat Pitas.

"Sebagai anak jati Pitas, ini merupakan satu pengorbanan dan tanggungjawab saya membantu rakyat Pitas menikmati pembangunan.

"Walaupun jawatan saya agak tinggi dan telah berkhidmat selama 20 tahun sejak 1988 dalam industri perbankan, saya sanggup berhenti kerja demi masyarakat," katanya.

Justeru, Bolkiah berkata, beliau akan turut menggunakan pengalaman perbankannya mentadbir daerah ini dengan membawa nilai integriti dan kejujuran agar pembangunan dapat dinikmati seluruh penduduk Pitas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, DUN Pitas yang berada di bawah Parlimen Kudat menghadapi pertembungan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat, Pasok dan Bebas.

Petikan dari http://202.190.126.84/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2008&dt=0304&pub=pilihanraya2008&sec=Personaliti&pg=pp_12.htm

0 comments:

Suara Anak Jati Pitas

Followers

Komuniti Utara Sabah

Jauhi Politik Wang

Jauhi Politik Wang

BlogMalaysia.com